Going Out with Baby

Pergi Bercuti Dengan Bayi Anda Tanpa Sebarang Masalah

Jika anda suka bercuti, jangan biarkan bayi anda menghalang anda! Malahan, bercuti dengan bayi anda boleh menjadi pengalaman yang seronok dan berharga. Ia merupakan peluang yang terbaik untuk mengukuhkan ikatan bersama bayi anda. Apa yang perlu anda buat adalah memastikan yang anda sudah cukup bersedia untuk perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Untuk bermula, kami telah menyusun senarai barang yang perlu anda bawa bersama anda. Siapa tahu si bayi yang kecil ini memerlukan barang yang banyak ketika bercuti.

  1. Lampin
  2. Krim ruam lampin
  3. Tisu lembap
  4. Mainan bayi
  5. Baju Tambahan
  6. Selimut
  7. Lapik dada
  8. Beg plastik
  9. Set makan plastik
  10. Susu formula dan air
  11. Botol bayi tambahan
  12. Kit pertolongan cemas
  13. Termometer
  14. Ibuprofen bayi untuk melegakan demam dan kesakitan.
  15. Pelindung serangga yang selamat untuk kanak-kanak
  16. Kapas alkohol gosok
  17. Minyak antibiotik untuk luka dan calar
  18. Kain pembalut
  19. Kain kasa
  20. Gunting
  21. Pita pelekat
  22. Penggendong bayi atau pendukung bayi hadapan.
  23. Kereta tolak bayi yang boleh lipat
Kimberly-Clark MY makes no warranties or representations regarding the completeness or accuracy of the information. This information should be used only as a guide and should not be relied upon as a substitute for professional medical or other health professional advice.